Dihantar Oleh Pada 03 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 loyang besar
Description

Masih resipi dalam simpanan. Memang suka buat ni bila buat rumah terbuka atau jemput orang makan-makan sebab cantik. Antara kegemaran suami dan anak-anak.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 peket serbuk agar-agar (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin koktel buah-buahan
Cara-cara
  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.

  2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.

  3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. Masukkan koktel buah-buahan.

  4. Masukkan ke dalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.