Resepi Apam Mekar Wangi

 Dihantar Oleh Pada 12 April, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 biji (medium) bergantung pada saiz..
Description

Resepi ni saya dapat dari My Resepi juga cuma saya buat 1/2 adunan sbb makan pun sorang-sorang..

Share:
Bahan-bahan
  • 150g tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 cmt vanilla
  • 1/2 cmt ovallate
  • 100g gula pasir-saya tak suka manis sbb tu gula sikit jer..
  • 100ml susu segar
  • perwarna
  • paper cup
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

  2. Masukkan esen vanilla & ovalatte & terus memukul dengan medium speed hingga sebati.

  3. Masukkan tepung gandum dan susu berselang seli..teruskan memukul hingga benar-benar sebati dan gebu/putih.

  4. Bahagikan adunan kepada beberapa manggkuk dan letaklah warna yang anda gemari, kaup balikkan supaya warna rata..biarkan adunan rehat untuk 10-15 minit.

  5. Sementara menunggu adunan rehat..anda boleh panaskan kukusan. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan kain untuk menggelakkan air jatuh atas apam. Semasa prose ni saya masukkan 1 helai daun pandan kat dalam air kukusan tu supaya naik bau wangi sikit..

  6. Masukkan paper cup ke dalam acuan.

  7. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang berlainan & paipkan ke dalam paper cup tadi dan kukuslah dengan api yang besar selama 10-15 minit. Insyallah kalau anda gunakan api yg benar dan periuk kukusan anda benar-benar panas kue apam ni akan merekah..

  8. Selamat mencuba..

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua