Dihantar Oleh Pada 28 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 biji
Description

Resipi mudah dan ringkas serta boleh dipelbagaikan...

Share:
Bahan-bahan
  • 85 g mentega
  • 85 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 175 g tepung gandum*
  • 10 g serbuk penaik* (*digaul dan diayak)
  • 80 ml susu segar
  • 5 biji strawberi, dicincang halus
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • Hiasan:
  • 6 biji strawberi, dibelah dua
  • Krim putar secukupnya
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Masukkan strawberi emulco. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar hingga habis. Dengan menggunakan spatula masukkan cincangan strawberi dan gaul hingga rata.

    open-uri20151010-29872-1lpwoz0
  2. Masukkan kesemua adunan ke dalam beg (atau gunakan plastik yang bersih dan tidak bocor).

    open-uri20151010-29872-1a5ophw
  3. Gunting bucu plastik (jangan terlalu besar), paipkan ke dalam acuan muffin berlubang 12 yang telah dilapik dengan cawan kertas. Isikan 3/4 penuh.

    open-uri20151010-29872-1czlfg4
  4. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak sejukkan muffin di atas redai. Hiaskan dengan krim putar dan belahan strawberi.

    open-uri20151010-29872-jxt1hj