Dihantar Oleh Pada 24 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 org makan
Description

Masakan barat dan segera. Cuba la buat...nanti bagi komen pada Jue.. Sebenarnya resipi ni dah pun gubah mengikut selera... Kalau nak ikut dari apa yang belajar dari kelas masakan, nak buat sos ni memanglah rumit. Cubalah, In Sya Allah sedap. Boleh pakai daging, ikan juga. Resipi ni lah yang berjaya menambat hati suami dan keluarga Jue.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 keping isi ayam (bahagian dada yang siap dilapah)
  • Sos lada hitam:
  • - Mayonis
  • - Cendawan (ikut selera)
  • - 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • - Minyak masak/jagung
  • - 2 sudu mentega
  • - 4 ulas bawang putih dicincang
  • Hiasan:
  • - Kentang goreng
  • - Timun
  • - Tomato
Cara-cara
  1. Ayam:- Perapkan isi ayam dengan lada hitam, sos Lea & Perrins dan minyak jagung. Biarkan selama 15 minit.

  2. Kuah:- Tumiskan bawang puth yang dicincang dengan mentega.

  3. Masukkan cendawan dan biarkan dalam 4 minit.

  4. Kemudian masukkan lada hitam yang dikisar bersama mayonis.

  5. Untuk menambahkan aroma, masukkan sesudu teh sos Lea & Perrins dan sedikit susu cair.

  6. Biarkan mendidih dan tuangkan ke atas ayam yang siap dibakar.

  7. Hiaskan stik dengan kentang goreng, tomato dan timun.

Komen