Dihantar Oleh Pada 23 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 biji- small size
Description

Boleh ganti dengan apa sahaja jem kegemaran.

Share:
Bahan-bahan
  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • blueberry jem secukupnya.
Cara-cara
  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.

  2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dengan esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.

  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam nombor 2. Kacau dengan spatula.

  4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.

    open-uri20151010-29872-7yl9dy
  5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.

    open-uri20151010-29872-1v3zfw9
  6. Note: Blueberry jem yang saya guna adalah buat sendiri ikut resepi strawberry jam. Kalau guna jem yang siap dibeli mungkin lebih manis. Jadi perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin.