Dihantar Oleh Pada 20 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 - 10 orang
Description

Resipi ini saya cipta sendiri... harap-harap anda akan dapat mencubanya...

Share:
Bahan-bahan
  • 1.5kg isi ayam
  • Bahan dikisar:
  • *7 ulas bawang putih
  • *6cm kunyit hidup
  • *6cm halia
  • *7 ulas bawang merah
  • ----------------------------------------
  • 2 - 3 sudu makan cili boh atau cili kering
  • 2 batang serai dihiris halus
  • 6cm lengkuas dihiris halus
  • Goreng tanpa minyak dan dikisar halus:
  • *1 sudu makan jintan manis
  • *1 sudu makan ketumbar
  • -------------------------------------------------
  • Sedikit belacan
  • 1 cawan kelapa parut ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit cili hidup merah dan hijau dipotong mengikut kesukaan
  • Sedikit daun limau purut dihiris halus dan sedikit daun kunyit
Cara-cara
  1. Tumis daun pandan dan bahan yang telah dikisar bersama cili kering/cili boh, serai, lengkuas dan belacan hingga masak dan naik bau.

  2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar, digaulkan sebati.

  3. Masukkan kelapa parut tadi dan digaulkan rata.

  4. Masukkan santan tadi dan digaulkan rata.

  5. Tambahkan air jika perlu. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan digaulkan rata.

  6. Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dihiris tadi dan cili hidup. Angkat dan boleh disajikan.

Komen