Resepi Pau Kukus

 Dihantar Oleh Pada 28 February, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

pau yg ceria

Share:
Bahan-bahan
  • 500g tepung pau
  • 80g gula kastor
  • 2 sudu teh yist
  • 2 sudu teh Double Action Baking Powder
  • 200ml air suam
  • 3 titik pewarna merah jambu
  • 20 keping kertas cawan
  • 20 biji acuan apam berbentuk mangkuk
  • 80g shortning
Cara-cara
  1. satukan gula,air,yist & pewarna merah jambu dlm cawan,gaul perlahan hingga gula larut.

  2. dalam mangkuk besar,campurkan tepung pau,double action baking powder & shortning.

  3. tuangkan bancuhan yist tadi ke dlm mangkuk berisi tepung secara perlahan sambil di uli.

  4. gaul perlahan hingga tak ada yg melekat kat mangkuk & tangan pun dah tak basah.teruskan menguli selama 15 minit utk mendapatkan pau yg cantik & gebu.

  5. ambil doh,buat bulat2 & timbang,setiap satu 40g.canai doh yg bulat dan letak inti kesukaan anda.

  6. susun dalam kertas cawan,kemudian letak ke dlm acuan apam yg berbentuk mangkuk.biarkan doh mengembang selama 1 jam.jangan lupa tutup doh dalam loyang besar selam proses pengembangan.

  7. didihkan air dlm periuk kukus & kukuslah pau atas api kuat selama 10 minit.

  8. pesan:jgn kukus pau lebih dr 10 minit,segera angkat semua pau dr kukusan bila dah masak supaya tak keriput.betulke bhs ku ini..hehehe.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua