Resepi Popia Sayur Goreng

 Dihantar Oleh Pada 27 February, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Ramadhan 2 tahun lepas, ada try buat my own 1st popia sayur goreng... bagi la sket pada jiran sebelah... tak sangka dia kata "Sedapla.. beli kat mana? Ada lagi tak???" Ahaks... bangga nyer... :D So, let's check out my popia... maner la tau kalau jiran2 anda nak merasa... hehhe

Share:
Bahan-bahan
  • 1 paket kulit popia kecil
  • 1 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 2 genggam taugeh
  • 2 biji tauhu putih (digoreng dan dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 kiub ayam
  • Sedikit garam & gula
  • Tepung gandum @ putih telur (untuk melekatkan kulit popia)
  • Untuk sos (*) 10 batang Cili merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * Sedikit cuka makan
  • * Sedikit garam dan 1 sudu gula
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau

  2. Masukkan sedikit air, lobak merah dan kiub ayam yang dihancurkan ke dalam kuali. Goreng sebentar sehingga lobak menjadi lembut

  3. Masukkan tauhu dan taugeh.

  4. Masukkan juga sedikit garam & gula secukup rasa. Gaul sebentar dan mulalah merasa.

  5. Gaul sehingga kuahnya agak kering dan bolehla diangkat untuk disejukkan sebelum dijadikan inti.

  6. Setelah agak sejuk sedikit, cedukkan lebih kurang satu sudu inti dan diletakkan di tengah-tengah popia.Bungkus popia dan gunakan tepung @ putih telur untuk melekatkannya dan supaya intinya tidak keluar ketika digoreng.

  7. Popia sudah sedia untuk digoreng :D.. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuning-kuningan.

  8. Penyediaan sos. Kisarkan cili merah dan bawang putih.

  9. Panaskan periuk dan masak cili kisar yang telah dikisar tadi di atas api yang perlahan

  10. Masukkan sedikit gula & garam secukup rasa. Tambahkan air untuk mencairkan sos dan cuka untuk menambah rasa masam. Mulalah merasa. Siap!

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua