Dihantar Oleh Pada 17 March, 2007
Description

Selalu makan ketika menonton TV.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan untuk digoreng :
  • 200 gm kacang (goreng tanpa minyak)
  • 200 gm ikan bilis
  • Bahan untuk dikisar :
  • 6 cili kering
  • 3 biji bawang putih
  • Bahan-bahan lain :
  • 8 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 2 cawan 'cornflakes'
  • garam, gula, ajinomoto secukup rasa
Cara-cara
  1. Goreng kacang dan ikan bilis dahulu dalam kuali yang berasingan.

  2. Tumis bawang dan cili sehingga naik minyak.

  3. Kemudian, masukkan sos, gula, garam dan ajinomoto.

  4. Kemudian, masukkan kacang dan gaul sebentar. Di ikuti ikan bilis. Seeloknya, ikan bilis digoreng rangup.

  5. Setelah sos rata diatas kacang dan ikan bilis, tutup api. Kemudian, barulah masukkan 'cornflake' dan gaul rata.

  6. PERINGATAN: Jangan gaul 'cornflake' lebih dari 5 minit sebab 'cornflake' mudah sembap/lembik. Cukuplah sekadar meratakan kacang dan ikan bilis di dalamnya.

  7. Selamat Mencuba!

Komen