Resepi Chapati

 Dihantar Oleh Pada 17 February, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Resipi asal dari pek tepung atta keluaran Alagappa's..

Share:
Bahan-bahan
  • 225 gm tepung atta
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 125 ml air suam
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati
  • Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
Cara-cara
  1. Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.

  2. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.

  3. Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.

  4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.

  5. Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.

  6. Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.

  7. Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).

  8. Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.

  9. Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.

  10. Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran anda.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua