Dihantar Oleh Pada 08 February, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 
Description

sesuai dimakan dengan nasi putih dan sebagainya

Share:
Bahan-bahan
  • 600gm timun - potong, buang pulurnya
  • 600gm carrot - potong
  • 600gm ubi sengkuang atau lobak putih - potong
  • 140gm halia - mayang halus
  • 20 ulas bawang merah - kalau besar belah dua
  • 20 ulas bawang putih - buang kulit
  • 10 cili merah & cili hijau - belah dua
  • *30 biji cili kering
  • *2 buku kunyit hidup
  • *1" halia
  • *4 ulas bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • 2 cawan minyak
  • 2 sb bijan digoreng tanpa minyak dan ditampi
  • 2 sb biji sawi
  • 3 cawan cuka
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sb ajinomoto
  • garam, air sejuk (optional), tomato sauce
Cara-cara
  1. basuh, buang kulit, potong semua bahan-bahan seperti carrot, halia, bawang putih, bawang merah , cili hijau, cili merah, ketepikan

  2. giling, tumbuk halus atau blend bahan bertanda *,

  3. pijarkan minyak, tumis biji sawi, bahan tumbuk atau blend tadi bersama cuka, gula, garam dan ajinomoto, masak hingga harum, pecah minyak dan cili secukup masak, masukkan pula tomato sauce, kacau dan rasa dulu kalau kurang masam atau manis boleh ditambah, goreng seketika,

  4. masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali timun dan ubi sengkuang, goreng seketika atau sedikit layu, kemudian masukan pula timun dan ubi sengkuang tadi, goreng seketika, tutup api, hidangkan, taburkan sedikit bijian

Komen