Dihantar Oleh Pada 12 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 -3 orang
Description

Mudah dan cepat

Share:
Bahan-bahan
  • 500 g sotong besar
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Bahan Sambal Asam:
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 batang cili merah
  • 10 - 12 biji cili padi
  • 2 biji bawang merah kecil
  • Asam jawa sebesar ibu jari, ramas dalam 3 camca besar air
  • 3 biji limau kasturi
  • Sedikit garam dan gula
Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan, asing kepala dan badan. Cuci bersih bahagian dalam badan sotong, kelar-kelar badan sotong tapi jangan putus. Bersihkan juga kepala sotong. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar sotong dalam oven/api arang atau pun grill. Bakar kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian (kalau bakar lama nanti jadi "selipar jepun"---- liat).

  2. Sambal Asam:- Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jangan terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yang diingini. Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.

    open-uri20151010-29872-1keqcdb
  3. Bolehlah dihidangkan bersama sotong bakar tadi...