Dihantar Oleh Pada 24 January, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 mangkuk besar
Description

Sesuai sebagai kudap-kudapan dipetang hari

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus cendawan enoki
  • * Minyak secukupnya untuk goreng terendam
  • @@ BAHAN PENCELUP @@
  • 50 gm tepung gandum
  • 15 gm tepung jagung
  • 1 s.teh serbuk bawang putih
  • 1/2 s.teh serbuk paprika
  • 3/4 s.teh garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
  • 1/2 s.teh serbuk penaik
  • 100 ml air sejuk
  • @@ BAHAN TABURAN (kacau rata) @@
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 s.mkn tepung jagung
  • 1/2 s.teh serbuk lada sulah
  • 1 1/2 s.mkn keju parmesan
Cara-cara
  1. Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya

  2. Kacau rata bahan pencelup.

  3. Celup cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.

  4. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.

  5. Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka

  6. Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.

Tags 
  •   SNEK
  • Komen