Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam

 Dihantar Oleh Pada 19 January, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

5 minit sahaja

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung yg sangat segar
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah-1/2 dihiris halus
  • 4 biji cili api merah dan hijau (kalau panjang 2 pun cukup)- dihiris
  • 1/2 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 1/2 sudu teh asam jawa(kalau takde ganti dgn cuka)
  • jus limau nipis secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa
  • Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
  1. rebus ikan dalam kuali hingga air mendidih(seeloknya kuali non stick)

  2. tuang air rebusan dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali(mcm bakar la)

  3. tumbuk 1/2 cili merah,bawang merah,belacan dan asam jawa

  4. bancuhkan bahan tumbuk dgn air rebusan ikan

  5. masukkan bahan yg dihiris,tomato,garam,gula dan perahkan limau nipis secukup rasa

  6. letakkan ikan dalam pinggan dan siramkan kuah tadi.siap untuk dimakan dengan nasi panas

  7. kalau malas nak tumbuk boleh dihiris halus semua bahan dan gaulkan saja dengan air rebusan

  8. Klik untuk isi cara-cara di sini

Tags 
  •   ikan
  • Komen