Dihantar Oleh Pada 14 January, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: seisi keluarga
Description

pngalaman lebih 26 thn mmbuat cekodok yg sgt digemari suami..maka terjumpa lah tips utk buat cekodok yg ranggup diluar,lembut di dlm, & still lembut walaupun dah sejuk...mari kita kongsikan....

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 2 bj bawang besar - dibelah dua & hiris
  • semangkuk kecil udang (kalu besar, potong2) @ ikan bilis yg tlh dibelah
  • 2 biji telur, 1/2 sudu mkn garam
  • sepokok daun sup/saderi - dihiris
  • tauge,cili merah cincang,carrot mayang,kucai -jika suka
  • Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
  1. isikan lebihkurang 2 cwn air dlm mangkuk, campurkn bawang & ramas hingga terlerai.campurkan pula udang,garam & daun sup. campurkan tepung,gaul sebati.tambah air jika perlu hingga menjadi satu adunan yg pekat.

    open-uri20151010-29872-tmn2te
  2. dlm mangkuk yg lain, pukul telur dgn garfu hingga kembang & berbuih lalu masukkan kedalam adunan tepung tadi.kaup balik/gaul sebati adunan.paling baik kalau dapat dibiar beberapa jam baru di goreng. hasilnye lebih lembut lg..

    open-uri20151010-29872-1cq69vz
  3. adunan juga boleh disimpan dlm peti sejuk malah lebih lembut bila digoreng nnti.

  4. ~ selamat mencuba..~

Resipi berkaitanLihat Semua