Dihantar Oleh Pada 08 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 ikan
Description

Resipi turun temurun dari keluarga.

Share:
Bahan-bahan
  • 6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)
  • 1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
  • 1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
  • Sedikit gula
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukkan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup. Biarkan sampai esok.

  2. Kisar beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman di dalam bekas tertutup.

  3. Setelah itu masukkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jangan simpan di tempat yang beku, simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan).

  4. Kemudian bolehlah digoreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan di atasnya. Siap untuk disantap bersama.