Dihantar Oleh Pada 08 January, 2011
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

mudah disediakan. ubahsuai resepi drpd rakan2 myr yg lain...

Share:
Bahan-bahan
  • 4 keping ayam boneless (peha)
  • minyak masak goreng terendam
  • Bahan perap:
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih
  • 1 sudu kecil garam
  • Tepung untuk menggoreng:
  • 6 sudu besar breadcrumb
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • Bahan sos black pepper:
  • 3/4 cawan air
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam biji
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  1. potong sekeping ayam kepada 2 bahagian (atau tak payah potong. ikut suka masing-masing). bersihkan ayam.

  2. campurkan kesemua bahan perap dengan ayam dan perap sekurang-kurangya 3 jam. seeloknya semalaman.

  3. campurkan kesemua bahan tepung untuk menggoreng kecuali telur.

  4. pecahkan telur dan pukul sedikit. celupkan ayam yang telah diperap ke dalam telur.

  5. kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung untuk menggoreng.

  6. goreng ayam dalam minyak terendam sehingga masak (coklat kekuningan). tuangkan sos black pepper ke atas ayam dan hidangkan.

  7. SOS BLACK PEPPER: tumiskan bawang putih dengan butter sehingga wangi. masukkan bawang besar dan lada hitam biji yang telah dikisar. tumis lagi sehingga pecah minyak. masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub ayam, air dan tepung jagung. masak sehingga kuah pekat.