Dihantar Oleh Pada 07 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Antara masakan yang paling ringkas, kegemaran keluarga.

Share:
Bahan-bahan
  • Ikan sardin dalam tin (saiz sederhana, asingkan ikan dengan kuahnya tu)
  • 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2cm halia (semua kisar)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 2-3 sudu besar pati santan (campurkan dengan air masak supaya dapat dalam 1/2 cawan santan)
  • 1 asam keping
  • Garam + gula secukup rasa
  • Bawang besar (hiris bulat) & cili muda (hiris serong lebar sikit)
Cara-cara
  1. Panaskan kuali & minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Agak dah layu tu tambah pulak dengan cili kisar. Kacau sekejap dan tuangkan kuah sardin.

  2. Kalau nk lebih kuah, boleh tambah air. Biar mendidih kemudian masukkan ikan sardin. Kacau perlahan, kemudian masukkan asam keping.

  3. Akhir sekali, baru masukkan santan tadi bersama dengan garam, gula, hirisan bawang besar dan cili muda. Biarkan sekejap kemudian tutup api.

  4. Sedia untuk dihidang!