Dihantar Oleh Pada 06 January, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

sangat mudah + sangat sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • ? 4 keping ayam boneless (peha)
  • ? minyak masak goreng terendam
  • Bahan perap:
  • ??2 sudu besar sos tiram
  • ??2 sudu besar kicap pekat
  • ??3 sudu besar madu
  • ??1/2 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih
  • ??1 sudu kecil garam
  • ??1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • ??1/2 inci halia ditumbuk halus
  • ??1 sudu kecil serbuk cili (kalau nak pedas)
Cara-cara
  1. potong sekeping ayam boneless kepada 2 bahagian dan cuci bersih.

  2. gaulkan ayam dengan bahan perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap semalaman di dalam peti ais.

  3. goreng di dalam minyak terendam sehingga garing.

  4. air lebihan perap dimasak sehingga pekat (boleh dicampur sedikit tepung jagung) dan dijadikan sos.

Komen