Dihantar Oleh Pada 04 March, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 happy family
Description

Resepi internet.. tak sia-sia cuba.. mmg sedap.. Kuahnya yang terbaik... mesti cuba.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • 500 ml susu segar
  • 8 keping roti (Gardenia/High 5)
  • Bahan B:
  • 4 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar mentega - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis (jika suka)
  • 1 sudu besar buah pala *(jika suka)
  • Bahan C (kuah):
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Hancurkan/koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.

  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.

  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/sehingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti sejuk.

  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yang sederhana sebentar.

  5. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.