Resepi Puteri Mandi Mudah & Sedap

 Dihantar Oleh Pada 25 August, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 7-8 org makan
Description

resepi dari mak, baru buat semalam sebab abah nak sangat makan puteri mandi, tapi cari di bazar ramadhan xjumpa

Share:
Bahan-bahan
  • 3 Cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • Perwarna merah, hijau & oren (buat 4 warna)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 senduk gula (ikut citarasa)
  • Air untuk larutkan gula
  • Daun pandan
Cara-cara
  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.

  2. Masukkan sedikit air (sedikit demi sedikit) dan gaul (dengan tangan yang bersih) sehingga tepung boleh di buat doh.

  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian & tambah perwarna ke setiap satu bahagian (di sini saya menggunakan perwarna hijau, merah, oren & original doh).

  4. Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya leper sedikit.

  5. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.

  6. Apabila doh tadi sudah TERAPUNG, angkat dan asingkan.

  7. Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)

  8. Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati... Siap.... :)

Komen