Dihantar Oleh Pada 16 August, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 100 biji
Description

Biskut tradisional yang di modenkan .. cair di mulut!

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan-bahan
  • 230gm mentega
  • 200gm tepung ubi
  • 100gm tepung jagung
  • 100gm tepung gandum
  • 80gm gula ising
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 tsp esen vanila
  • 50gm kelapa kering - di kisar halus
  • 3-4 Tbsp santan KARA
  • Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan
Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang.

  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

  3. Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening. Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.

  4. Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.

  5. Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.

  6. *** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.

  7. *** Biskut ini mesti di terap dengan segera kerana dohnya mudah mengeras selepas sejam atau lebih. Terap lebih tebal kerana teksturnya agak lembut.