Dihantar Oleh Pada 06 June, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang 10 biji wantannya
Description

Penyediaan sup yang simple tapi best

Share:
Bahan-bahan
  • **BAHAN A (Wantan)**
  • 100 gm udang (dicincang)
  • 100 gm isi ayam (dicincang)
  • 50 gm bawang putih (dicincang)
  • 50 gm lobak merah (di cincang)
  • 5 gm daun bawang (dihiris nipis)
  • 1 sk sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 biji telur
  • 10 keping kulit wantan
  • **BAHAN B (Sup)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 50 gm cendawan hitam/telinga kera (dihiris)
  • 5 gm daun sup&bawang
  • 1 lit stok ayam
  • 200 gm lobak merah
  • Garam dan lada putih secukupnya
Cara-cara
  1. **WANTAN**

  2. Campurkan kesemua 7 bahan pertama.Gaul rata

  3. Masukkan sesudu kecil ke dalam kulit wantan dan bungkuskan kemas dengan meletakkan telur disekeliling kulit wantan.

  4. **SUP**

  5. Tumis bawang putih dan halia sehingga terbit bau

  6. Masukkan sos tiram & minyak bijan..Kacau sebati.Kemudian tuangkan stok dan masukkan cendawan

  7. Masukkan wantan, masak sehingga kesemuanya timbul & akhirnya masukkan daun bawang.Sedia dihidang

Tags 
  •   sup
  • Komen