Dihantar Oleh Pada 21 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Makanan popular bagi orang India dan Arab kat Dubai, cuba le..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi semalaman (nasi yang tak habis dibiarkan semalaman)
  • 1 cawan kacang urudu ('black gram') direndam semalaman
  • Sedikit garam
  • Untuk isi dalam tosey:
  • Beberapa helai daun kari
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 biji kentang direbus
  • Untuk sos:
  • 1/2 biji kelapa parut (bahagian putih saja diparut)
  • 3 biji cili hijau (cili api pun boleh, saya pakai cili padi)
  • 3/4 cawan 'roastery wt'
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Tosey - kisar nasi , kacang urudu, garam dan sedikit air. Biarkan semalaman lagi sampai ia naik buih. Jangan terlampau cair kerana adunan ini agak pekat.

  2. Tosey - anda boleh pilih samada buat cara di atas atau beli yang segera tosey ('dosa') atau yang dalam peket. Bagi yang dalam peket anda masih kene rendam semalaman. Kalau yang segera boleh buat terus.

    open-uri20151010-29872-1qtr719
  3. Ada 2 cara untuk masak tosey ni. Panaskan kuali leper letak sedikit mentega dan ambil sesenduk adunan tosey tadi dan buat macam masak lempeng.

  4. Satu lagi cara, letak sedikit adunan tosey ke dalam acuan yang boleh masuk ketuhar dan acuan tersebut disapu dengan sedikit mentega. Kemudian masak di dalam ketuhar selama 3 minit.

  5. Untuk sos - kisar kelapa parut, garam, cili, sedikit air masak dan 'roastery'. Kalau nak tambah biji sawi pun boleh. Di dalam gambar ni ada sos berwarna hijau ia sama tapi ditambah dengan sayur.

    open-uri20151010-29872-1c65r69
  6. Untuk inti dalam tosey - goreng daun kari dan biji sawi. Kemudian masukkan bawang goreng sehingga masak dan letak kentang yang dilenyek dan sedikit garam. Setelah masak bolehlah letak di dalam tosey yang dimasak seperti lempeng tadi.

  7. Tosey juga dimakan dengan kuah dal masala. Nanti saya masukkan resipi dal masala untuk anda semua. Siap untuk disantap.

  8. Ini contoh gambar kuah dal.

    open-uri20151010-29872-7d9jb1
  9. Ini contoh 'roastery wt'.

    open-uri20151010-29872-1288jg1
Komen