Resepi Gulai Nanas

 Dihantar Oleh Pada 21 February, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Khas dari dapur Cina Peranakan

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji nanas madu, kupas, belah 4, buang empulur dan kerat2 1/2 inci tebal
  • 3 ekor ikan kembong rebus, buang perut dan kerat dua (kalau ikan besar)
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak2kan
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 keping nipis hirisan lengkuas*
  • 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
Cara-cara
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah santan pekat dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang air 2 cawan lagi dan ramas, perah dalam bekas lain utk santan no 2. Ketepikan..

  2. Dalam periuk, masukkan nanas yg telah dipotong bersama bahan2 kisar, gaul rempah dan nanas hingga rata dan tenggekkan diatas dapur, masak dgn api perlahan utk 2 - 3 minit.

  3. Masukkan santan no.2, biarkan mendidih. Masukkan ikan kembong rebus, asam gelugor dan daun kunyit yg telah dikoyak2kan tadi.

  4. Bila mendidih perlahankan api dan tuang santan pekat. Perasakan dgn garam dan gula (jika perlu). Biarkan merenih kurang lebih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama lauk pauk sampingan.