Resepi Apam Bakar Tapai

 Dihantar Oleh Pada 07 April, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Apam ini agak berbeza rasanya dari apam yang lain hanya ada d Kelantan n T'ganu sja.. klu nk tau rasanya cubalah buat....

Share:
Bahan-bahan
  • 300 gram tepung beras
  • 125 gram gula pasir
  • 1/4 sdt garam
  • 2 sdt yis segera
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang merah(di mayang halus)
  • 1/2 inci halia (dimayang halus)
  • 250ml santan/susu segar
  • 250ml air
  • 4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
  • Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama)
Cara-cara
  1. Sebatikan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan

  2. Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali.

  3. Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat.

  4. Dihidang bersama kelapa parut.

  5. kak wan guna non-stick pan yg paling kecil jdi shape sama semuanya

Komen