Resepi Ayam Masak Kentang Dan Cendawan

 Dihantar Oleh Pada 18 February, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

resepi yg senang, boleh tambah halia jika suka.

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm ayam, dipotong
  • 3 biji kentang yg besar, dibuang kulit dan potong 6 setiap satu
  • 4 kuntum cendawan kering (saiz besar), direndam dan dihiris tebal-tebal
  • 1 sudu kecil tepung jagung/ubi, digaul dgn cendawan
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air
  • 2 tangkai dau ketumbar (optional)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum. Masukkan ayam dan goreng sehingga permukaan ayam jadi kering.

  2. Masukkan cendawan dan kacau untuk 1-2 minit. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Kacau sehingga sos jadi kering, jgn sampai hanggus.

  3. Masukkan air, biar didih dulu baru masukkan kentang. Masak selama 10 minit dgn api kecil.

  4. Masukkan garam secukupya dan masak sehingga kentang jadi empuk. Dihidangkan bersama daun ketumbar.

  5. Tips:

    Cendawan disalut dgn tepung jagung/ubi supaya dia tidak menyerap terlalu banyak garam.

    Keringkan sos sebelum tambah air akan mengharumkan lagi kuah dia nanti.

Komen