Dihantar Oleh Pada 15 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1-2 orang
Description

Ringkas dan mudah.

Share:
Bahan-bahan
  • Satu ekor ikan tongkol (ikan apa-apa pun boleh)
  • Dua keping asam keping
  • Garam
  • Bahan dimayang:
  • *2 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 tangkai cili kering
Cara-cara
  1. Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong.

  2. Rebus ikan bersama asam keping dan garam.

  3. Bila ikan dah masak, goreng ikan tadi. Bila dah nak garing (ikut suka nak garing ke tak), masukkan semua bahan yang dimayang.

  4. Goreng hingga bahan tadi garing dan harum. Bolehlah di angkat dan dihidangkan.

  5. Sedap bila dimakan dengan nasi putih yang dihangatkan. Makan masa panas-panas. (Cara terbaik nak makan...ikan tu digaul-gaul bersama nasi....hmmm memang sedap!).