Dihantar Oleh Pada 14 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org makan
Description

Masakan Cina, citarasa Jawa...

Share:
Bahan-bahan
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake (cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 inci halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.

  2. Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk.

  3. Masukkan 2 cawan air.

  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain- tunggu 2-3 minit.

  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.

  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jangan banyak-banyak...

  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.