Resepi Siakap 3 Rasa

 Dihantar Oleh Pada 19 January, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 ekor ikan~sehidangan
Description

Resipi dari mesra.net...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg/seekor Ikan siakap
  • Daun Ketumbar
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Lada boh secukupnya
  • 8 biji lada besar/merah
  • 1 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 4 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 keratan nenas (dipotong dadu)
  • 3 batang serai (di titik)
  • 1 sb tepung jagung
  • BAHAN SOS (secukupnya)
  • Sos Ikan
  • Sos Tiram
  • Kicap Soya
  • Garam
  • gula
Cara-cara
  1. Satukan garam, serbuk kunyit dan cili boh..Sapukan pada ikan sehingga rata.

  2. Goreng terendam ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata.Jadi aroma ikan akan terserlah.Ketepikan

    open-uri20151010-29872-1f65tb8
  3. Panaskan kuali...Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah.

  4. Setelah aroma bawang timbul, masukkan lada merah, goreng seketika.Kemudian masukkan nenas.Kacau sebati.

  5. Masukkan 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan bahan sos.

  6. Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul)..

  7. Masukkan (6) ke dalam (5).Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.

  8. Siram kuah di atas ikan.Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativiti masing².Sedia di hidang.

    open-uri20151010-29872-6amo9o
Tags 
  •   ikan
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua