Resepi Pizza Roti Sardin

 Dihantar Oleh Pada 12 December, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 org
Description

Resepi yang sangat mudah. Boleh guna apa saja yang ada di dalam freezer anda. Masa menyediakannya cuma 30 minit je....

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji bawang besar (bahagi 2 : 1 bahagian dipotong dadu, 1 bahagian lagi dipotong kasar-kasar)
  • 1 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • 1 tin kecil sardin (buang tulang dan dilenyek-lenyek...guna sardin cap ayam sedap0
  • 6 keping roti Gardenia (apa-apa jenis pun ok)
  • Sos spagetti Prego (sos tomato pun boleh)
  • Lada sulah dan garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • Keju (apa-apa jenis pun boleh...saya guna cheddar cheese cratf sebab tu yang ada dlm freezer...keju ni saya potong panjang-panjang)
Cara-cara
  1. Tumis bawang besar (yang didadu) dan bawang putih sehingga naik bau.

  2. Masukkan sardin yang telah dilenyek-lenyek dan gaul sebati.

  3. Masukkan capsicum, bawang besar yang dipotong kasar-kasar tadi.

  4. Masukkan jus lemon, garam dan lada sulah.

  5. Susun roti dalam loyang dan sapukan sos spagetti di atasnya.

  6. Sapukan bahan-bahan yang telah ditumis dan ratakan.

  7. Tabur/susun keju di atasnya dan bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah Celcius selama 15 minit.

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen