Popia Sardin

Resepi Popia Sardin

 Dihantar Oleh Pada 10 December, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

family feveret, sodap hingga menjilat jari..

Share:
Bahan-bahan
  • 20 helai kulit popia
  • 1 tin besar sardin
  • 1 biji bawang besar(dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih(dicincang)
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 biji lobak merah(diparut)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh hingga naik bau.

  2. Masukkan satu tin ikan sardin dan hancurkan isi ikan menggunakan garfu sehingga halus.

  3. Kemudian masukkan lobak merah yang telah diparut tadi. Masak sehingga kuahnya agak kering. Tambahkan garam secukup rasa dan juga perahan limau nipis.

  4. Sejukkan inti untuk seketika dan kemudian bolehlah digulung menjadi popia.

  5. Enak dimakan begitu sahaja walaupun tanpa sos. Bon appetite..

Komen