Resepi Wajik

 Dihantar Oleh Pada 28 November, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 10 orang
Description

resepi kampung saya, mereka buat ramai2 untuk kenduri, sekarang makin kurang orang masak wajik ni... saya dan mak buat untuk raya haji.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg beras pulut susu direndam 30 minit.
  • 2 biji kelapa ambil santan pekatnya
  • 700 g gula pasir (1 cawan daripadanya dijadikan gula hangus dengan 1 cawan air)
  • 100 g gula melaka atau gula merah
  • 1 sudu air kapur
  • 2 sudu gula batu untuk menjernihkan pulut
Cara-cara
  1. tapis dan kukus pulut lebih kurang 15 minit, sehingga pulut hampir masak.

  2. masak santan, gula pasir, gula hangus dan gula batu sehingga gula tua ( agak tak melekat pada kuali)

  3. masukkan pulut yang telah dimasak dan air kapur. kacau hingga tak berapa melekat pada kuali (lebih kurang 30 minit).

  4. Sejukkan, bolehlah dihidangkan.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua