Udang Galah Masak Merah

Resepi Udang Galah Masak Merah

 Dihantar Oleh Pada 02 February, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Resepi sendiri

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg - Udang Galah ( kalau tak ada udang galah jenis udang lain pun boleh )
  • Sos cili & Sos tomato ( ikut suka hati )
  • 4 - 5 ulas bawang merah & bawang putih ( di tumbuk halus )
  • 1 inci halia & 1 batang serai ( dihiris & di tumbuk halus )
  • 1 biji telur ( utk memekatkan kuah )
  • gula, garam & aji ( secukup rasa )
  • 10 gm rempah tumis
  • 3 biji tomato ( dipotong empat )
  • sedikit air untuk memasakkan udang
Cara-cara
  1. Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi.

  2. Tumis sampai kekuningan, kemudiah masukkan sos cili & sos tomato.

  3. Lepas itu masukkan udang galah tadi dan gaul sebati.

  4. Bila sudah sebati masukkan telur, gula, garam, ajinomoto, tomato dan air, biarkan memdidih.

  5. Bila kuahnya sudah nampak pekat bolehlah diangkat & dihidangkan bersama dengan nasi putih.

Komen