Dihantar Oleh Pada 18 November, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-14 keping
Description

Diambil dari www.recipezaar.com. Hanya memerlukan tepung gandum tapi tetap lembut, gebu dan lembap gitu~ (gambar diatas buat separuh adunan je). Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2009/11/projek-tengah-malam-roti-untuk-sarapan.html

Share:
Bahan-bahan
  • 1C air, suhu bilik
  • 1 sk garam
  • 1 sb madu
  • 3C tepung serbaguna @ tepung gandum
  • 1/4C susu tepung
  • 2 sk gula
  • 1 1/2 sk yis
  • 3 sb margarine
Cara-cara
  1. Breadmaker:

  2. Campur semua bahan ke dalam breadmaker.

  3. Bila siap, keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk keluarkan angin. Bentukkan bentuk roti loaf, letak dalam loaf pan.

  4. Biarkan naik 2kali ganda lebih kurang 40min.

  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada bahagian tengah, 175C selama 25-30min.

  6. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.

  7. Mixer/Uli dengan tangan:

  8. Dalam bekas, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.

  9. Buat lubang ditengah-tengah dan tuangkan air ke dalam adunan.

  10. Uli sampai doh tak melekat di tangan/dinding bekas (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.

  11. Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik. Perapkan doh sejam hingga naik 2kali ganda.

  12. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukkan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine. Perap 40min sampai naik 2kali ganda.

  13. Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.

  14. Sejukkan atas redai (ku sapu margarine sikit bagi kekal lembut).