Resepi Ayam Rendang Goreng

 Dihantar Oleh Pada 13 November, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Something new to try...;)

Share:
Bahan-bahan
  • 6-8 ketul ayam ~ dipotong saiz sederhana (love guna bahagian ribs shj)
  • 5 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 inci halia ~ dikisar
  • 2 batang serai ~ dikisar
  • 1/2 inci lengkuas ~ dikisar
  • 2-3 sb cili kering kisar/ cili boh
  • 1 pek Pes Rendang Maggi 60gm (boleh guna jenama lain klu ada)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ~ dipukul
  • 4 sb tepung goreng serbaguna Kentucky (boleh guna jenama lain)
  • 1 sb tepung beras
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit ~ dipotong besar2
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. Pastikan ayam betul2 kering.

  2. Dlm mangkuk yang besar, masukkan ayam dan diikuti dgn semua bahan di atas (ikut turutan) kecuali minyak sambil menggaul. Biarkan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bes!

  3. Panaskan minyak dalam kuali. Keluarkan daun limau purut dan daun kunyit dari perapan. Apabila minyak dah panas, masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak.

  4. Dah goreng, angkat..toskan minyak dan sedia dihidang!

Tags 
  •   ayam
  • Komen