Resepi Kek Coklat Simple Tanpa Telur

 Dihantar Oleh Pada 01 February, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 biji sederhana untuk 8-10 orang
Description

Kek coklat simple tanpa telur. Kek coklat yang umie rasa paling murah dan mudah dibuat! Hasilnya juga memuaskan... moist...

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula (castor sugar)
  • 2 sudu teh baking powder
  • (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)

    open-uri20151010-29872-cpirw5
  2. Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati

    open-uri20151010-29872-1v6e1zh
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)

    open-uri20151010-29872-pvuy0y
  4. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)