resipi paprik sotong

Mari cuba Resipi Paprik Sotong untuk menu sahur kejap lagi. Cara memasak pun ringkas saja. Campak-campak dah siap. 

Sahur merupakan waktu penting bagi umat Islam menjalani ibadah puasa. Menyediakan hidangan sahur yang berkhasiat adalah penting untuk memberi tenaga sepanjang hari.

Baca juga: Elak 5 Makanan Ini Ketika Bersahur, Tak Sampai Separuh Hari Dah Lapar

Salah satu hidangan yang popular dan lazat untuk sahur ialah Sotong Masak Paprik. Berikut adalah resipi mudah dan simple dari perkongsian Amira Atiya di TikTok. 

RESIPI PAPRIK SOTONG CARA SIMPLE

Bahan-bahan: 

  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • Daun limau purut
  • Sotong – salut kunyit
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam dan gula
  • Serbuk perasa
  • Lobak merah & kacang panjang
  • Tomato

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, hiriskan 2 biji bawang merah, 4 biji bawang putih dan 1 inci halia.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi sehingga naik bau.
3. Tambahkan 4 sudu cili kisar dan tumiskan hingga masak.
4. Tambahkan 2 sudu makan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap pekat manis.
5. Tambahkan helaian daun limau purut dan 2 batang serai.
6. Masukkan 250ml air. Tambahkan serbuk perasa, garam, dan gula secukupnya.
7. Masukkan tomato. Kemudian, masukkan sotong yang telah digaul dengan kunyit. Gaul rata.
8. Tambahkan lobak merah dan kacang panjang. Masak hingga sedikit layu.
9. Jika lauk sudah masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@amira.atiya

Jom masak paprik sotong tapi sis lupa beli kacang panjang. Jadi kita masak apa yang ada. Sedap makan dgn nasi panas-panas! Sotong jangan masak lama sangat nanti liat! Bahan-bahan : • 3 biji bawang merah • 4 ulas bawang putih • 1 inci halia • 2 batang serai • daun limau purut • sotong disalut kunyit • 2 sudu makan sos cili • 2 sudu makan sos tiram • 2 sudu makan kicap pekat manis • garam & gula • serbuk perasa • lobak merah & kacang panjang • tomato #foodstagram #yummyfood #videomasakmasak #foodlover #foodreviews #foodie #resepmasakanrumah #halalfood #viralfood #makananviral #racunintiktok #masakansimple #halalfoodmalaysia #menumasakansimple #makanmurah #budgetfood #klfoodie #halalfoodie #videomasak #maggi #maggilover #jommakan #masakansimple #resepimasakan #malaysia #menusederhana #masakcarasaya #resepimudah #resepitiktok #masaktiktok

♬ A Day in My Life – Soft boy

Selamat mencuba.

Baca juga: Sup Cendawan Berkrim, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread Untuk Juadah Sahur

Sumber: TikTok Amira Atiya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN