oleh: blogresipi Chocolate Cake

Flourless_chocolate_cakes2

Kek Coklat yang lembut. Hampir tidak menggunakan tepung. Cubalah. :)


Created on : 23-10-2009

Bahan-bahan ( saiz 8 inci )

  • 200g butter
  • 200g dark chocolate
  • 250g gula pasir
  • 5 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 350 F atau 180'C. Griskan loyang dan lapik dengan baking paper.
  2. Gunakan kaedah double boiling untuk carikan coklat dan butter. Sejukkan sekejap.
  3. Pindahkan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk yang lebih besar dan masukkan gula. Kacau sebati.
  4. Didalam mangkuk yang lain, pukul sebiji telur (lightly beat) kemudian masukkan ke dalam mangkuk adunan coklat dan butter tadi dan kacau rata.
  5. Pukul lagi sebiji teluar dan ulang langkah yang sama sehingga habis 5 biji telur ayam.
  6. Masukkan tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris tadi. Bakar selama 25 minit sahaja. Hati-hati jangan overbake.
  8. Flourless_chocolate_cakes
    Kek masih lembut dan perlu disejukkan. Jangan potong dahulu. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong. Lebih cantik jika disejukkan di dalam peti ais semalaman dan dimakan keesokan harinya.
  9. Sesuai dimakan bersama aiskrim vanila. :)