oleh: msmiey Sup Krim Cendawan/Ayam Sarah

No picture

ni resipi hentamsajalah dari mama sarah. sedap makan dgn garlic bread, macaroni atau cicah ngan roti bakar pun jadik!


Created on : 19-10-2009

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 3 biji cendawan butang - cincang halus
  • 100 gram isi ayam - cincang (guna minced chicken pun ok kot)
  • stock ayam - larut dalam 250ml air suam (boleh ganti air rebusan ayam)
  • 2 ulas bawang putih - cincang/kisar
  • 1 biji bawang besar - cincang/kisar
  • 1 susu makan butter - unsalted (butter biasa pun boleh)
  • 150 ml krim/uht whipping cream
  • 1 sudu teh italian herbs
  • gula/garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan periuk/kuali. Masukkan butter. Masukkan bawang yang telah dicincang, biarkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan cendawan. Biarkan sehingga cendawan sedikit layu.
  3. Masukkan air stock ayam dan italian herbs. Biarkan mendidih.
  4. Bila dah mendidih, kecilkan api. Masukkan krim dan kacau sehingga sebati. Perisakan jika mahu. p/s: stock ayam tu dah buat cukup masin.
  5. Hidangkan masa panas dengan roti bawang putih atau makaroni.
  6. **boleh tambah tepung gandum sedikit utk pekatkan kuah.