oleh: Nenie
Cornflakes Madu dan Kekacang
Nenie@myresipi.com
Resipi dari kawan sejak zaman sekolah...Resipi asal takde kekacang....Yang ni dah ditokok tambah untuk memenuhi citarasa....
Created on :
14-10-2009
Bahan-bahan ( lebih kurang 150 paper cup )
- 3 sb butter
- 3 sb gula merah
- 3 sb madu
- 1 sb golden syrup ~ optional
- 4 cawan cornflakes
- Kekacang secukupnya (walnut,almond,peanut)
- 1 sb kismis (saya tak letak...pasal bahan lain dah cukup manis)
Cara-cara
-
Kesemua kekacang di sangrai/bakar secara berasingan kemudian ditumbuk/blend kasar.Ketepikan.
-
Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk.Kacau sekejap je sekadar untuk sebatikan bahan2 tersebut.Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
-
Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
-
Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah (3) ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit~ala-ala manja~kepingan cornflakes tersebut (jgn ramas/hancurkan ia)
-
Taburkan (1) ke dalam (4) dan gaul sekata.Jika mahukan kismis..Boleh masukkan juga.
-
Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.
-
NOTE :- Kalau tak nak bakar pun boleh gak...Susun di dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15~30 min.Keluarkan dan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara.
-
PETUA KAWAN :- Pastikan adunan butter suam-suam kuku dahulu sebelum dicurah ke atas kepingan cornflakes untuk mengelakkan cornflakes tadi menjadi lemau
-
Klik untuk isi cara-cara di sini