oleh: minami133
Keropok Lekor perantau
minami133@myresipi.com
special utk mereka yg teringin makan keropok lekor terengganu kat oversea..
Created on :
28-01-2007
Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )
- 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
- 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
- 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
- 1 1/2 sudu kecil garam
- sedikit ajinomoto
- ***utk sos:***
- 3 sudu besar cili blend
- sedikit gula melaka
- 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
- 2/3 cawan air
Cara-cara
-
Bersihkan ikan.
-
Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
-
Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
-
Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
-
Masukkan garam dan ajinomoto.
-
Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit
tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
-
Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
-
Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
-
Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
-
utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.