oleh: rosenanie Kek coklat lembab ringkas

Image068

Ringkas & senang. Buat muffin pn boleh. Anak-anak pasti suka.


Created on : 30-09-2009

Bahan-bahan ( Saiz tin 8 in x 8in )

  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 2 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat*
  • 3/4 cawan serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil nescafe (kalau suka)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 biji telor
  • Secubit garam halus

Cara-cara

  1. Ayak bahan-bahan bertanda *. Campur semua bahan kecuali minyak jagung.
  2. Gaul semua sampai sebati. Tak pakai mixer pn boleh. Akhir sekali masukkan minyak jagung.
  3. Kalau nk buat muffin. isi 3/4 adunan dlm paper cup. Bakar 25 minit. Untuk sebijik kek bakar 45 minit.