oleh: Nenie Nasi Lobak Merah

No picture

Nasi yang menyihatkan...(Dalam gambar tak de daun ketumbar~kehabisan stok)


Created on : 03-09-2009

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 pot beras basmathi (bersih dan toskan)
  • 1 biji lobak merah (diblend dengan 1 cawan air)
  • 1 cawan susu sejat
  • 1/2 batang lobak merah (diparut kasar/potong memanjang~nipis&halus)
  • 1 sb kismis hitam
  • 1 sb gajus
  • 1 sk garam (secukup rasa)
  • Sedikit daun ketumbar (dicincang kasar)
  • 1/2 bawang besar (dipotong membulat)~optional
  • BAHAN TUMISAN
  • 1 sb margerine
  • 1 sb minyak sapi
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji tomato (didadu)
  • *1 labu bawang besar
  • *1" halia (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara

  1. Panaskan marjerine,minyak sapi dan minyak masak.Tumis tomato seketika dan masukkan kesemua bahan tumisan.Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan air lobak merah dan susu.Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras,kismis hitam, gajus dan garam.Tambah sedikit air jika perlu.Masak nasi macam biasa.
  4. Bila nasi 3/4 masak,taburkan lobak parut,daun ketumbar dan bawang mayang ke atasnya.Masak sehingga nasi kering air/masak.
  5. Gaul sedikit nasi supaya bahan2 yang ditabur tadi bercampur ngan nasi.Sedia di hidang.
  6. NOTE :- Penggunaan kombinasi minyak masak,marjerine dan minyak sapi semasa menumis adalah untuk mendapatkan hasil nasi yang cantik dan berderai...Tidak berketul walau terlebih air...(petua dari mak cik saudara yang berniaga)