oleh: mysajian Acar Buah

Acar_buah2

Sedap dimakan dengan nasi panas-panas :)


Created on : 31-08-2009

Bahan-bahan ( 1 kg )

  • 1/2 Kg Buah-buahan jeruk @ kering
  • 10-15 Biji Bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 50gm cili kering, rendam dgn air panas sebentar.
  • 5-10cm halia bergantung kepada saiz halia
  • 400gm gula dan 1 sudu teh garam
  • 2 cawan cuka
  • Sedikit rempah kari daging jika suka
  • Bijan goreng tanpa minyak sebagai hiasan
  • 1/2kg minyak masak

Cara-cara

  1. Mesin, cili, bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan mesin sampai naik minyak, tambahkan serbuk kari daging semasa menumis jika suka.
  3. Masukkan gula, garam dan cuka, tumis lagi sehingga naik minyak, masukan buah-buahan kering, kacau masak sampai pekat.
  4. Nota: masa memasak acar buah ni boleh mencapai sehingga 2 jam, jangan ditambah air demi menjaga ketahanan acar buah kita. Tabur bija goreng semasa hendak makan. Selamat mencuba :)