oleh: yani
Roti sosej mini
yani@myresipi.com
saiz yg kecil sesuai untuk kanak-kanak
Created on :
21-01-2007
Bahan-bahan ( 16 biji )
- 140ml air
- 20g telur
- 250g tepung roti
- 20g gula
- 4g garam
- 25g mentega
- 3g (1 sudu kecil) dry yeast
- 8g susu tepung
- 8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
- susu segar utk sapu di roti
Cara-cara
-
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
-
Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
-
Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
-
Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
-
Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.