oleh: umi_e
Mee kuning
umi_e@myresipi.com
Home made mee kuning.Tidak ada bahan pengawet... rasa tetap sedap dan selamat...
Created on :
21-01-2007
Bahan-bahan ( 1 kilo )
- 500 gm tepung
- 200 ml air
- satu sudu air abu
- sedikit pewarna kuning
- minyak secukupnya
- garam secukupnya
- air untuk merebus
Cara-cara
-
campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
-
uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap)
-
ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar.
-
terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... lakukan langkah dan proses seterusnya seperti buat kuey teow (sila rujuk di sana)