oleh: eenat Laicikang

28072009_005_

Minuman yang selalu dijual di pasar Ramadhan. Ikut selera tekak dan juga stok yg ada di dapur. Cuma 3 bahan jadi trademark iaitu katirah @ getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih. Bahan2 ni ada dijual di kedai runcit india.


Created on : 01-08-2009

Bahan-bahan ( 1 jug @ 1.5liter. Bahan bertanda # tu kira optional. )

  • Air gula atau air gula sirap - ikut manis
  • Sedikit agar2 berwarna - ikut suka nk kaler apa
  • # Barli rebus
  • # Biji sago besar, rebus dan warnakan
  • # Buah kabung / nau
  • # Buah laici dlm tin
  • # Sedikit isi cendol
  • # Sedikit cincau
  • 1 sb katirah - rendam 3~5 jam
  • 2 sb biji selasih - rendam 5 min
  • 5 biji buah kembang semangkuk - rendam 3~5 jam, buang kulit ari dan biji

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan, rasa manisnya. Semasa menghidang, letak beberapa ketul ais. Siaapppp !!