oleh: skyboy
Sky Cream Mushroom Soup
skyboy@myresipi.com
Sedap di hidang bersama french bread ( roti perancis ) semasa breakfast
Created on :
02-07-2009
Bahan-bahan ( saiz hidangan 2-4 orang )
- 180 gm cendawan butang ( di cincang )
- 95 gm Bawang Besar di cincang dadu ( 1 labu besar )
- 90 gm butter
- 1 liter sos bechamel
- 370 ml susu segar
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada putih ( white paper )
- 20 ml whip cream
- sedikit chicken stock
Cara-cara
-
panaskan periuk dan masakkan whip cream di atas api yang sederhana..
-
kemudian masukkan cendawan dan bawang besar.. kacau perlahan
-
masukkan sos bechamel dan kacau sehingga pekat ( jangan terlalu pekat dan terlalu cair )
-
masukkan susu segar dan kacau lagi.. masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa dan juga chicken stock,
-
setelah masak hidangkan sup ketika masih panas bersama roti perancis (french bread )
-
--------------------------------------------------------------
-
UNTUK BECHAMEL SOS
-
tepung gandum (2 sudu besar)
...(2)- Marjerin (1 sudu besar)
...(3)- Susu (1 cawan)
...(4)- Bawang besar (1/4)
...(5)- Bay leaf (1 helai)
...(6)- Bunga cengkih (2 batang)
7) Garam
8) Serbuk lada putih
-
Mula-mula cairkan marjerin, kemudian masukkan tepung. Adunan ini dikenali sebagai white roux. Masak white roux sehingga sebati dan ketepikan.
Kemudian, suamkan susu dengan menggunakan api yang sederhana dan masukkan bawang. bay leave, bunga cengkih tadi.
-
Setelah beberapa minit, keluarkan keluarkan bawang, bunga cengkih dan bay leave tersebut dan masukkan adunan white roux. Tambahkan garam dan serbuk lada putih.
Kacau adunan susu tersebut sehingga pekat.