oleh: skyboy Kek biskut Marie

Kek_biskut_marie

15-20 minit sahaja


Created on : 03-07-2009

Bahan-bahan ( sesuai di hidang 4-6 orang )

  • 1 tin (kecil) susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 5 sudu serbuk koko
  • 4 biji telur gred A (dipukul hingga kembang)
  • 450 gm biskut marie @ 1 peket (dipatah 2)
  • setenggah tin air ( tin susu tadi )
  • 1 buku mentega
  • kismis dan walnut cincang ( jika suka )

Cara-cara

  1. Masak susu, milo, serbuk koko,mentega, dan air dengan api yang sederhana hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan kacau dengan cepat untuk elakkan berketul. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan biskut marie yang dipatah 2 tadi dan gaul hingga sebati
  4. Angkat dan mampatkan/ tekan adunan dalam bekas yang dialas dengan aluminium foil.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia dipotong.
  6. Untuk sedap lagi bolehlah dicurahkan dengan coklat masakan di atas kek dan di tabur dengan coklat urai..